Tuesday, September 23, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam


Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=tVNwrBbxUMA

Sinopsis
KEMATIAN seorang sahabat baik terus ditangisi Hairi (Saiful Apek). Dia membawa diri pulang ke kampung halaman Danny (Yusry KRU) dan tinggal di sana bersama-sama seperti satu keluarga.
Keakraban Danny dan Hairi sukar dicari ganti sehinggakan niat jahat Profesor Klon (Aznil Hj Nawawi) yang terus memburu Cicak-Man dengan melancarkan pelbagai strategi sulit sebagai usaha menawan kota Metrofulus.
Kehadiran Hairi di rumah Danny akhirnya berjaya dihidu Profesor Klon yang dulunya disangka sudah ditangkap namun sebenarnya melarikan diri dengan bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui.
Di situlah pelbagai perancangan jahat dilakukan Profesor Klon untuk menakluk kota Metrofulus sehingga sanggup menculik adik Danny, Iman (Sharifah Amani) untuk menjejaki Cicak-man.
Bagaimanapun, Tania yang dahulunya bekerja sebagai setiausaha sulit Profesor Klon, menjadi wartawan penyiaran untuk menjejaki identiti sebenar Cicak-Man.
Profesor Klon mengupah pengikut baru yang jelita, Rrama (Tamara) bagi membunuh Cicak-Man selepas kematian Ginger Boy I dan II yang bertukar menjadi Ginger Ghost.
Itulah antara sedikit cerita Cicak-Man 2, Planet Hitam yang digarap dan diolah Yusry sebagai kesinambungan Cicak-Man yang berjaya mencatatkan kutipan RM5.15 juta.
Filem ini membariskan pelakon Saiful Apek, Fasha Sandha, Adlin Aman Ramli, AC Mizal, Sharifah Amani, Aznil Nawawi, Tamara Bleszynski, Linda Onn, Aziz M Osman dan Ridzuan Hashim.... MARILAH KITA SAMA2 MENANTIKAN FILEM INI DI PAWAGAM PADA BULAN 12 NANTI... :)

No comments: