Saturday, January 20, 2007

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH - 1428

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah kita masih diberikan nikmat kesihatan dan waktu lapang sehingga kita masih boleh melakukan segala aktiviti keseharian kita. Dan semoga apa yang telah kita lakukan selama ini memberikan manfaat kepada diri kita dan sahabat-sahabat di sekitar kita. Ingatkan, bahawa orang berjaya sesungguhnya adalah orang yang boleh bersama-sama mencapai kejayaan dirinya dan orang yang ada di dekatnya. Semoga kita termasuk di dalamnya. Amin

Alhamdulillah semalam saya mendengar khutbah solat jumat yang isinya bagaimana sikap kita dalam menyambut Tahun Baru Hijriah. Kalau tahun baru Masehi umumnya diisi dengan budaya-budaya barat, hura-hura dan melakukan sesuatu yang sekiranya kurang manfaat, maka kiranya di hari pergantian tahun ini kita meng-evolusikan diri kita. Melakukan muhasabah terhadap apa-apa yang telah kita lakukan. Apa yang sekiranya masih belum kita jalankan, mana yang perlu kita perbaiki dan mana yang sekiranya perlu kita tingkatkan. Jangan sampai kita menjadi orang yang merugikan. Mari bersama bangkit, terus memperbaiki diri. Orang yang paling beruntung, adalah orang yang boleh menjadikan dirinya lebih baik dari hari sebelumnya. Ingatlah saudaraku, kita tidak tahu bila kita akan di panggil untuk menemui-NYA. Sekali lagi mari kita meng-evolusikan diri kita di awal tahun Hijriah ini. Semoga kita bertambah amalan dan bekalan untuk mempersiapkan diri menghadap ALLAH YANG MAHA ESA.


Akhirukalam semoga sedikit catatan yang saya buat ini boleh memberikan sedikit peringatan kepada kita semua bahawa kita harus selalu memperbaiki diri, menggunakannya untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Amin.



powered by performancing firefox

2 comments:

Anonymous said...

bravo bravo jadikan pengajaran utk diri sendiri dulu

venez said...

hehehehe... macam perli jerk... kita sama2 nasihat menasihati...