Bermulanya tahun 2008, industri permotoran di Malaysia menampilkan produk2 terbaru untuk memberi saingan kepada produk2 dari luar tak kira motorsikal atau kereta, masing2 ingin cuba memenuhi permintaan pengguna yang semakin pandai menilai dan meilih sesuatu produk yang mereka inginkan.. Sebagai permulaan YAMAHA Malaysia dan BON SIEW HONDA Malaysia telah memperkenalkan jentera 2 roda berkuasa 150CC mereka yang masing2 memberi daya saing dan tarikan yang tersendiri...
Ini adalah Yamaha FZ150i yang baru dilancarkan pada minggu lepas.. YAMAHA Malaysia ingin melobi pasaran 150CC tempatan dengan memperkenalkan motorsikal pertama di Malaysia berkuasa rendah yang menggunakan sistem Suntikan Bahanapi secara elektronik. Memang model2 seperti ini amat dinantikan oleh semua pengguna jentera 2 roda kerana dengan suntikan bahanapi secara elektronik maka pembakaran bahanapi adalah efisyen dan kuasa output jentera adalah tinggi, syabas YAMAHA Malaysia... Harga Pasaran tidak termasuk cukai jalan dan insuran - RM7.4k++
Ini adalah HONDA CBR 150CC yang dibawa masuk oleh Bon Siew Honda ke Malaysia.. Secara praktikalnya agak lewat Honda Malaysia membawa masuk jentera ini ke Malaysia kerana ianya telah diperkenalkan di negara2 jiran kita lebih dari 2 tahun, mungkin kerana takut nasibah yang menimpa pasaran SUZUKI FXR 150CC yang diperkenalkan di Malaysia dahulu menimpa HONDA CBR 150CC (pada ketika itu FXR 150CC adalah motorsikal yang pertama diperkenalkan di Malaysia yang menggunakan sistem '4 stroke').. Mungkin sasaran Bon Siew Honda pada kali ini adalah kepada golongan2 muda mudi yang ingin berjinak dengan motorsikal jenis sportbike pada harga yang murah sebagai permulaan.. Tahniah Bon Siew Honda Malaysia, harap2 percaturan pada kaliini berjaya kerana jentera CBR ini amat berkuasa tinggi dan menarik perhatian umum dengan reka bentuknya... Harga pasaran tidak termasuk cukai dan insuran - RM10k++
Berbalik kita kepada jentera 4 roda, sebelum ini setiap keluaran PROTON akan diperkatakan pro dan contanya tetapi dengan keluarnya SAGA BLM yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jan tempohari, rata2 pendapat pengguna di Malaysia amatlah positif hinggakan sehingga hari ini sejumlah 10 ribu unit telah ditempah oleh rakyat Malaysia.. Mungkin percaturan PROTON pada kali ini amat berjaya.. Memanglah seperti yang dikata oleh PROTON, kereta ini adalah dari rakyat, untuk rakyat Malaysia sendiri.. Dengan Harga permulaan RM30k++, kereta ini amatlah kompetatif, mana nak cari kereta sedan yang menarik dibawah RM40k di Malaysia...

2 comments:
wah daj jadi blog permotoran ya...er mitsubishi lancer ari tu amacam?
he3... xtau lagi ler...
Post a Comment