Hari Sabtu lepas (23/2) aku ke Gemas, Negeri Sembilan utk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, jauh gak rasa perjalanan ke sana, maklumler dah lama tak drive kete jauh2... around 12 tengahari kami pun sampai, lepas jumpa pengantin pompuan, terus mencekik disamping dihiburkan oleh band Tentera Darat yang diimport dari kem seremban... meh tengok gambar2 sikit... :)
Banner di khemah utama
Merpati sejoli, sama lawa, sama sepadan... semoga kekal hingga ke anak cucu...
Antara personaliti2 TV3 yang turut hadir, Dato' Kamarul (pengarah unit berita dan hal ehwal semasa TV3) pun turut menghadiri majlis ini... grand gitu... hu3
Masing2 tunggu turn nak menepung tawar mempelai...
Persembahan tarian oleh kanak2 dari Butik Andaman Seremban 2...
p/s : paling lawaknyer kasut yang aku pakai tercabut tapak masa aku nak balik, terngaga tapak dia, terpaksaler aku kontrol jalan, maybe kasut tuh dah terlamau lama aku tak pakai, ngajuk le tuh... he3
1 comment:
Lawanya Azawate ni...berkenan betul tengok die tu..tapi suka lagi tengok die baca berita kat Berita Utama..kecantikan teserlah
Post a Comment