Sekali sekala balik beraya di kampung terasa best sesangat... bukan selalu dapat beraya dikampung beramai-ramai... aku tiba di kampung pada petang raya pertama, abang2 aku dah sampai sehari sebelum raya, meriah rumah ayah n bonda aku ngan cucu2 dorang... selepas kemas2 petang tuh aku terus melancarkan roket2 yang diperolehi dari 'rakan' aku untuk memecah keheningan malam... ramai gak yang berbalas-balas tembak... keesokan harinya cam biasaler, start buat projek yang rasmi bagi kami anak beranak... proses air tebuler... tengok2ler gambar kat bawah... hehehehe
Lemang kampung... jom pakat pekena sepotong ngan rendang daging rusa...
Bergambar kenangan sebelum masing2 pulang ke tempat keje masing2 (nih separuh jerk keluarga aku...)