Tuesday, February 27, 2007

Keindahan Borneo...

Gunung Santubung... kebanggaan Sarawak......
Sedikit Sejarah Mengenai SARAWAK :

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.


Menung jauh nampak, takkan dah pening dek 'golekan' nuri... hehehehe

Saturday, February 24, 2007

Berita Bergambar... :)

Cicak-Man original... perhatikan elok2 bentuk ekor dia, pasti berbeza ngan cicak yang terdapat kat rumah2 korang... itulah specialnyer benda2 kat borneo nih.. cicak pun berbeza, dahler besar2 plak tuh... nak dekat 2 jari saiz dia...


Ulat Sagu.. makanan 'special' kat borneo (aku pun tak pernah try... hehehehe)


Alang2 pegi shopping harini, aku beli jam baru.. mula2 nak beli bateri jerk coz jam lama aku bateri dah kong, last2 'terminat' n 'terbeli' jam baru... hehehehe


Dek kerna cuaca yang teruk, dah lama kete aku tak basuh... alang2 dah kotor teruk disebabkan perjalanan yang teruk ke 'border' indon, on the way balik umah aku hantar 'mamat' nih mandi, bagi lawa n wangi sikit... hehehehe

Saturday, February 17, 2007

Villa D'Amore - Home Sweet Home

Home Sweet Home... dah lama aku tunggu untuk memiliki rumah sendiri, akhirnya tahun lepas dapat jugak aku memenuhi cita2 aku... rumah dah siap, kunci dah dapat... sekarang hanya aku perlu menunggu untuk ditukarkan pulang ke Semenanjung M'sia untuk menduduki rumah nih.. Sementara waktu nih, kerja2 penambahbaikan dan ubahsuai telah aku aturkan keatas rumah nih... antaranya adalah pemasangan 'plaster syiling' di ruang tamu, pemasangan 'kitchen cabinet' di dapur, pemasangan 'grill' di sekeliling rumah, pemasangan CCTV serta pembelian alatan2 tambahan untuk sekeliling rumah... tak sabar rasanya nak balik semenanjung... :)

Villa D'Amore - Pandangan hadapan

Ruang tamu n tangga

Bilik atas