Tuesday, May 15, 2007

Hampehhhhh....

Fed-up aku arinih... aku ingat dapat merasa album LP baru yang aku tempah arituh... end-up album tuh belum sampai kat sini... maybe esok atau lusa... hampeh betul aku rasa... kat semenanjung dah jadi bualan org dah album nih... start arinih album LP - minute to midnight dipasarkan di seluruh dunia... nasib baik aku dah dengar lagu2 dia... tapi xbestler coz xdapat tengok lagik special DVD yang ada sekali ngan album nih... xper2... aku kena banyak bersabar... hehehehehe

Friday, May 11, 2007

Linkin Park : Minute To Midnight 'review'

Dah 3 hari aku dengar album baru diorang (dapat CD promo dari LPU fans Australia)... aku rasa maybe aku org pertama kat M'sia yang dengar album terbaru diorang nih... tuh yang tak sabar nak dapat full CD/DVD version album diorang yang aku dah pre-book bulan lepas... kat sini aku nak kongsi pendapat aku dengan album terbaru LP dengan peminat2 kat M'sia... Overall memang sedap.. best sangat, buat korang kena dengar betul2 dari mula sampai habis... 1st time aku dengar semua lagu diorang aku jadi 'culture shock' coz pendekatan muzik diorang untuk kali nih memang lain giler... aku dengar 3 kali baru rasa syok (hehehehehe)... SINI AKU SARANKAN KEPADA PEMBELI ALBUM NANTI JANGAN SEKALI DENGAR TERUS TAK MINAT LP, PROJEK DIORANG KALI INI MEMANG BESTTT... nih review aku untuk setiap lagu diorang dalam album nih :

1. "Wake" - 1:40 - instrumental, bunyi macam sound check n pemanas badan..... garapan guitar yang best.......

2. "Given Up" - 3:10 - aku cukup suka suara chester dalam lagu nih... suara Nu Metal dia yang serak2 hardcore... hehehehehe

3. "Leave Out All The Rest" - 3:18 - lagu slow yang best dengan arrangement muzik dan suara chester yang mantap...

4. "Bleed It Out" - 2:54 - aku suka lagu nih, lagu rapping mike n hardcore chester dengan penuh ceria... siap starting ngan gelak2 n tepuk tangan... best2

5. "Shadow of the Day" - 4:50 - Lagu yang mantap dari chester, start slow then naik2 terus dengan gorengan mike n pheonix...

6. "What I've Done" - 3:25 - lagu 1st single diorang dalam TV n radio, korang memang dah tau lagu nih sedapkan.. so xyahler aku komen... :)

7. "Hands Held High" - 3:53 - lagu insaf dari LP.. drum beat rentak marching... rapping oleh mike shinoda... siap ada koir lagik... AMENNNNNNNNN

8. "No More Sorrow" - 3:38 - Lagu nih metal habis... silap dengar macam heavy metal plak... sonok dengar suara chester dalam lagu nih.. joe han pung banyak menaikan lagu nih dengan gesekan piring hitam dia... :)

9. "Valentine's Day" - 3:15 - jangan pandang rendah ngan tajuk lagu nih... lirik dia kalau baca sedih skitler but lagu dia memang best... arrangement muzik n suara yang best, kemuncak dia ada suara Nu Metal chester... hehehehe

10. "In Between" - 3:14 - Lagu slow dari mike shinoda n joe hans... best, rasa melayang japppp

11. "In Pieces" - 3:37 - lagu yang bleh layan masa lepak2... suara chester diiringi oleh mainan piano n gesekan piring hitam joe hans... bila tengah2 baru ada klimak dia sampai akhir... :)

12. "The Little Things Give You Away" - 6:23 - Lagu penutup untuk album nih... penuh dengan gorengan guitar, ketukan drum yang slow, gesekan piring itam joe hans n rapping mike shinoda... best layan...

Bagi aku album LP kali nih memang best layan pada bila2 masa... tak semestinya nak layan masa tension jerk... complete dengan lagu slow n lagu metal... BEST N COMPLETE... so kepada peminat2 LP, bolehler dapatkan album diorang di serata dunia bermula 15/5 nih... TQ

p/s : aku nak layan album LP nih lagi... rasa x jemu dengan kat opis, dalam kete, kat umah... x sabar nak tunggu album dia di pasaran 15/5 nih... pagi2 lagi aku akan beratur n ambik album yang aku dah pre-book... hehehehehe

Thursday, May 10, 2007

Baca dan hayatilah maksud sebenar.....

Kita lupakan kehangatan album Linkin Park sekejap, aku terima citer nih dalam email aku... aku rasa elok aku berkongsi ngan korang... cubalah baca :

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat
di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa
aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu
kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak
ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang
yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian
pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu di
bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang
pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi
ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah
merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak
mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau
lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang.Sedetik
lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang,
aku berdepan dengan sakaratul maut. > "Tolong ibu,tolonglah aku, aku
takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi
tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah
agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu di
ajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi
kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah
malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku
tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi
wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat
busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari
ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah
apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku
rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai
suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh
Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua
telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba
badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam
ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku
sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud
dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku di
usung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong
keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang
sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan
kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar
alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin
kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi
sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan ......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! ..............................