Band DBS nih mula ditubuhkan oleh Chester Bennington pada tahun 2006, ketika Linkin Park sibuk menjalani rakaman untuk album Minute to Midnight... lagu2 yang selalu kita dengar didalam internet seperti morning after memang disalah anggap oleh peminat LP sedangkan ianya adalah lagu project awal DBS... akhirnya album sulung projek DBS akan dilancarkan serentak seluruh dunia pada 13 oktober 2009 (album berjodol Out Of Ashes), antara lagu dari album ini yang menjadi mainan hangat di radio dan internet adalah Crawl Back In dan Let Down... x sabar rasanya nak tunggu full album, hu3...
Band Member :
* Chester Bennington - lead vocals
* Ryan Shuck - guitar, backing vocals
* Amir Derakh - guitar, synth
* Brandon Belsky - bass guitar
* Elias Andra - drums
* Anthony "Fu" Valcic - keyboards
Saturday, August 29, 2009
Dead By Sunrise - Chester project band...
Posted by venez at 10:30 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Keratan Akhbar Harian Metro @ BT Big Game
PENAMPILAN dan gaya mereka saling tak tumpah seperti satu pasukan elit tentera yang sedia bertempur dengan musuh di medan perang.
Itulah keunikan dan tarikan ketika berkesempatan menyaksikan kira-kira 100 pemain ‘paintball’ bermain senario (scenario) paintball atau woodsball di Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, baru-baru ini.
Sekalipun sekadar satu permainan senjata bebola warna, aksi pertempuran mereka ketika saling berbalas tembakan persis pertempuran sebenar.
Yang menarik, semua pemain paintball yang datang dari seluruh Malaysia menempa sejarah tersendiri apabila secara langsung terbabit dengan acara Paintball Global BT Big Games (BTBG) 2009 yang diadakan serentak di 82 lokasi seluruh dunia membabitkan penyertaan 6,000 pemain.
Pastinya ia memberi pengalaman berharga buat pemain yang menyertai acara paintball untuk tujuan pertunjukan di peringkat antarabangsa itu, tambah pula ia pembabitan pertama negara sebagai satu lokasi program dianjurkan pengeluar peralatan paintball terkenal, BT International.
Antara kumpulan paintball terkenal dalam negara yang menyertai BTBG adalah ML Tank Corps, Unknown, PBM, Sleeping Fox, UKGG, Malcon, Regiment 66, Hammer, Marauders, Funny Farmers, Traitors dan Flankers.
Penuntut, Md Nabil Md Nassir, 22, dari Kumpulan Unknown, berkata dia teruja sepanjang menyertai BTBG kerana ia bukan saja membabitkan ramai pemain paintball, malah dimainkan dengan pelbagai misi dan meliputi kawasan luas iaitu 20 ekar.
Lagi pula, katanya, pelbagai prop atau barangan tiruan tambahan disediakan di sekitar tapak permainan seperti kubu pertahanan, menara dan perkampungan perang yang direka mirip dengan situasi sebenar ketika peperangan.
“Ia memang menyeronokkan dan saya berasa diri bagai askar. Misi kami juga mencabar kerana ‘peperangan’ berlaku antara kumpulan besar serta meliputi kawasan luas.
“Tambah pula, BTBG dijalankan serentak di seluruh dunia dan ia seolah-olah membuatkan kami berdepan peperangan besar. Ia banyak memberi pengalaman baru dan memberi kepuasan maksimum kepada saya,” katanya yang belajar di Sekolah Kejuruteraan Audio.
Sedikit mengenai BTBG, walaupun sekadar permainan untuk tujuan pertunjukan, ia antara usaha BT menghargai pengusaha padang permainan dan pemain paintball di seluruh dunia.
Antara negara yang terbabit dalam BTBG adalah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Itali, Perancis dan Afrika Selatan selain Malaysia. Di Malaysia, BTBG dikendalikan oleh Delta Paintball Malaysia Sdn Bhd (DPSB).
Daripada 6,000 pemain seluruh dunia yang bermain untuk BTBG, ia dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Red Rangers dan Blue Batalion.
Format permainan adalah menaikkan bendera kumpulan masing-masing dalam sesuatu misi dan mencari barang tersembunyi dengan konsep ala mencari harta karun.
Pelajar dan pemain baru kumpulan Unknown, Muhd Asyraaf Md Nizam, 15, dari Bagan Datoh, Perak berkata, perkara penting perlu ditekankan dalam format permainan kategori senario atau woodsball adalah kerjasama tinggi di kalangan pemain, fokus dan mengikut strategi permainan.
Katanya, daripada segi teknik permainan, terutama ketika melakukan serang hendap atau mempertahankan kubu masing-masing, pemain perlu merancang dengan teliti setiap tindakan diambil.
“Tidak boleh membabi buta melakukan serangan kerana ia memudahkan musuh membalas serangan. Jika silap percaturan, kita boleh terperangkap dengan strategi lawan hingga memudahkan kita ditawan musuh.
“Itu yang menarik mengenai permainan ini. Ia bukan sekadar untuk berseronok, tapi turut membuat saya rasa bagaikan dalam situasi perang sebenar,” kata pelajar Sekolah Menengah Agama Irshadiah, Bagan Datoh itu.
Peniaga, Rahim Razali, 37, dari kumpulan Unknown dan lebih lima tahun bermain paintball berkata, selain untuk rekreasi, paintball juga membentuk aspek kepemimpinan dalam diri seseorang.
“Ia (bermain paintball) mampu membentuk peribadi seseorang kerana permainan ini mementingkan kerjasama berpasukan, mematuhi ketua kumpulan dan membentuk disiplin diri.
“Selain itu, ia membantu remaja menyertai aktiviti lebih berfaedah daripada terbabit dengan pelbagai gejala negatif lain,” katanya.
Sementara itu pengurus DPSB, Roslin Abu, yang bertanggungjawab menjayakan BTBG berkata, permainan paintball kini semakin mendapat sambutan orang ramai.
“Ada lebih 40 padang permainan di seluruh negara. Ini petanda positif dalam pembangunan sukan dan permainan paintball sendiri.
“Dengan adanya pelbagai aktiviti dan pertandingan membabitkan paintball, sama ada tempatan dan antarabangsa, ia sedikit sebanyak menjadi pengisian positif buat remaja dan bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.
>Info
Posted by venez at 9:00 PM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Honda Accord - reborn....
Alhamdulillah, selesai sudah conversion enjin kete aku dari single cam 2.0 ke H22A 2.2 v-tec... lazat gak power dia, hu3... memandangkan aku dah lama tinggal alam 4 roda nih so kena study back to basicler... mula2 aku bukak internet utk study enjin nih, keupayaan dia n extra part utk upgrade power serta buang cut-off enjin.. next project tukar ECU n tukar mabual gearbox... :)
Posted by venez at 2:03 PM 2 comments
Wednesday, August 12, 2009
H1N1 - Apa anda perlu tahu...
Apa itu H 1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir
dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host'
yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit
dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh
tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air
ventilation yg baik.....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini
telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia
setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari
ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya
akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan
SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian
akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera...... .
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply
mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd
vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut
terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample..
jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd
ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
Posted by venez at 2:45 PM 0 comments