Tuesday, April 28, 2009

Paintball untuk badan beruniform...




Ramai mengetahui sukan paintball dan airsoft ala2 tentera makin berkembang dinegara kita tapi maybe ramai x terfikir paintball nih berasal dari game tentera/polis... seperti video dan gambar diatas, paintball telah digunakan sebagai alatan latihan utk CQB dan jungle oleh pasukan beruniform negara-negara luar untuk menampakkan/memberi senario yang agak real... RAP4 adalah contoh terbaik bagi kegunaan dlm latihan..
Peralatan utk paintball agak murah berbanding peralatan senjata latihan dan paintball agak tidak berbahaya berbanding senjata sebenar, meaning paintball amat berkesan bila digunakan untuk CQB training... xyah nak paint pakai laser or laung kuat2 ngan mulut... kalau kena tembak dah confirm ada paint kat badan...
Scenario paintball or recball memang dah terkenal secara meluas kat m'sia nih, ramai gak tentera yang join paintball game kat luar cuma penggunaan marker/senjata paintball atau airsoft seperti RAP4 agak x sesuai di luar coz marker nih totally menyerupai senjata ori, misalnyer caliber yang dipakai adalah 68, paintball diluar menggunakan caliber 98... kalau ATM or badan beruniform nak bagi org awam pakai kat luar utk game pun maybe kena monitor/jaga elok2 n ditempat yang sesuai... aku pun mode marker aku jadi MP5-SD...

Pemilikan/menyimpan marker paintball/airsoft dirumah persendirian tanpa memiliki sijil/lesen yang sah adalah salah dari segi undang2.. ramai yang simpan as personal beloging tapi selagi x ditangkap n x buta2 guna kat tempat awam x salah, hu3... ramai yang ambik lesen under kelab/pertubuhan/team paintball manakala airsoft masih x sah digunakan di m'sia.. as for me, aku gunakan lesen senjata api aku n apply di IPD untuk sijil penyimpanan n penggunaan marker paintball...
As for me, latihan badan beruniform (terutama pasukan2 khas polis dan tentera) menggunakan paintball dan airsoft amat berkesan...

Tuesday, April 21, 2009

PROTON EXORA... pro and cons...

Alhamdulillah, MPV pertama kelahiran M'sia akhirnya dirasmikan.. ramai org ternanti-nanti dgn perasmian model ini termasuk aku.. peluang view n test drive harini telah aku penuhi secara terperinci (hu3, terbeliak gak salemen PROTON tengok aku belek2 exora nih)... n the result is as below :
1. 1st impression memang superb, design luaran yang cun, fituristik n lain dari lain
2. dashboard n ruang dalaman agak impresive (maybe showroom unit nih full spec so sedap mata memandang luar n dalaman)
3. kompartmen enjin - kosong skit coz saiz enjin yang kecik tapi beri clearence during impact
4. power to weight ratio - during initial agak ok, maybe kelebihan enjin campro yang dibantu oleh cps... overall pick-up n speed agak ok (tapi aku naik x full load, cuma 4 org saja)

5. paling kurang aku gemar is material yang digunakan ditempat2 kritikal yang x sesuai, contohnya macam dalam bulatan diatas, teknikally part nih agak kritikal tapi material yang digunakan hanyalah plastik, bukannya besi.. maybe penggunaan plastik di beberapa tempat ini untuk mengurangkan berat overall MPV nih..
6. antirust n under-cocting bahagian bawah fander tayar agak nipis (so kepada pembeli maybe setiap 2 tahun kena buat cocting lain, hu3)

p/s : secara overall MPV nih agak berbaloi utk pembeli berbanding harga yang ditawarkan agak kompetatif cuma bakal2 pengguna MPV agak sangsi dengan MPV nih kerana ianya membawa reputasi PROTON selama ini. ramai beraggapan pengguna awal model2 baru keluaran PROTON hanyalah seperti tikus makmal...

Tuesday, April 14, 2009

Kejuaraan Motosikal Asia Petronas 2009

Ahad lepas aku berpeluang berkonvoi dengan jiran taman aku n kawan2 dia untuk pegi ke Sepang International Circuit bagi menyaksikan Petronas Asia Motorcycle Championship 2009 pusingan 1 dan 2... walaupun park agak jauh n motor2 besar diasingkan dari underbone (x seperti MSS, bleh park belakang Grand Stand) tapi masuk2 dah dapat topi (topi kalini agak smart n berkualiti)... kira kitorang antara 1000 penonton terawaller... hu3

aku dengan team konvoi... ramai xder coz pegi layan corner kat awana/karak... hu3

kereta antik di muzium permotoran SIC

Kelas Supersport 600cc sedang berentap...

Starting grid.... hu3

Pemenang untuk kelas 600cc supersport...

p/s : harap maaf coz aku x berkesempatan untuk ambik gambar/post tentang game paintball sabtu lepas memandangkan aku sibuk jaga geng2 newbies yang datang untuk group booking di tanamera... aku pun sempat main 1 game jerk, marker buat hal... hu3

Friday, April 10, 2009

Fastest Street Legal Motorcycles - pergggg....

Yamaha YZF-R1

Kawasaki ZXR

Ducati

Suzuki Hayabusa

Rangking :
1. Suzuki Hayabusa 1300 GSX-R - 342km/h (without limiter)
2. Kawasaki ZX12-R - 336km/h (192hp)
3. Kawasaki ZX14-R - 331km/h (197hp)
4. Honda CBR 1100-XX Fireblade - 326km/h (185hp)
5. Suzuki GSX-R 1000 - 323km/h (184hp)
6. Yamaha R1 - 321km/h (180hp)
7. Kawasaki ZX10-R - 321km/h (184hp)
8. Ducati Desmosedici RR - 320 km/h
9. MV Agusta F4 1100 CC - 315 km/h

Thursday, April 09, 2009

Kekurangan anggota n sibuk...

Lately aku terasa letih n penin dgn skop keje yang aku nak kena cover, maklumler org dah makin kurang n tahun 2009 nih byk plak eksesais yang di commit oleh Air Force.. Bos aku n counterpart aku pegi kursus setahun, pengganti counterpart aku blum sampai... by hook or by crook job hv to be done so berkejar-kejar skit aku kesana kemari... Isnin lepas aku baru masuk opis, sejuk skit mata memandang tgk bilik aku dah siap direnovate... cuma internet jerk lately macam hampeh... hu3

Friday, April 03, 2009

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)



Extract from my email... best gak baca, he3
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan... .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3:
selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso:
selamat pagi

Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3:
Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…