Monday, February 25, 2008

Perkahwinan Personaliti TV3 - Azawate

Hari Sabtu lepas (23/2) aku ke Gemas, Negeri Sembilan utk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, jauh gak rasa perjalanan ke sana, maklumler dah lama tak drive kete jauh2... around 12 tengahari kami pun sampai, lepas jumpa pengantin pompuan, terus mencekik disamping dihiburkan oleh band Tentera Darat yang diimport dari kem seremban... meh tengok gambar2 sikit... :)Banner di khemah utama

Merpati sejoli, sama lawa, sama sepadan... semoga kekal hingga ke anak cucu...

Antara personaliti2 TV3 yang turut hadir, Dato' Kamarul (pengarah unit berita dan hal ehwal semasa TV3) pun turut menghadiri majlis ini... grand gitu... hu3

Masing2 tunggu turn nak menepung tawar mempelai...

Persembahan tarian oleh kanak2 dari Butik Andaman Seremban 2...

p/s : paling lawaknyer kasut yang aku pakai tercabut tapak masa aku nak balik, terngaga tapak dia, terpaksaler aku kontrol jalan, maybe kasut tuh dah terlamau lama aku tak pakai, ngajuk le tuh... he3

Friday, February 22, 2008

Musim Sibuk Aku...

Seperti yang dijanjikan, so nih ada beberapa gambar utk aku berkongsi dengan korang masa aku pusing keliling m'sia baru2 nih, banyak gambar sebenarnya but sikit2 dahler letak kat sini, yang lain sumer ada muka aku, sensor skit... he3... Sambil2 aku buat keje, sempat gak jalan2 lepaskan penat lelah kat badan, minggu depan sambung lagi... penat2

Suasana malam di Waterfront, Sarawak....

Makan besar kat umah member di kuching, masing2 tunjuk bakat memasak, menu :
1. ikan sweet n sour
2. terubuk goreng
3. sayur midin goreng tiram
4. ayam pangsuh
5. sup ayam
6. umbut
7. nasi buluh n etc.... lazat2

Perjalanan balik ke Semenanjung, jarang2 dapat naik MAS... pegi naik Airbus 330 (besarnyer)... balik naik 737 jerk.......


Makanan yang dihidang di atas pesawat MAS


Kursus IPv6 di KYANS Resort PD, tempat menarik... bangun2 pagi view pantai jerk... kursus pun best, skodeng pun best... wakakakaka

Minggu depan pegi GK plak... adussss, bila aku nak berehat nih...