Tuesday, February 27, 2007

Keindahan Borneo...

Gunung Santubung... kebanggaan Sarawak......
Sedikit Sejarah Mengenai SARAWAK :

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.


Menung jauh nampak, takkan dah pening dek 'golekan' nuri... hehehehe

Saturday, February 24, 2007

Berita Bergambar... :)

Cicak-Man original... perhatikan elok2 bentuk ekor dia, pasti berbeza ngan cicak yang terdapat kat rumah2 korang... itulah specialnyer benda2 kat borneo nih.. cicak pun berbeza, dahler besar2 plak tuh... nak dekat 2 jari saiz dia...


Ulat Sagu.. makanan 'special' kat borneo (aku pun tak pernah try... hehehehe)


Alang2 pegi shopping harini, aku beli jam baru.. mula2 nak beli bateri jerk coz jam lama aku bateri dah kong, last2 'terminat' n 'terbeli' jam baru... hehehehe


Dek kerna cuaca yang teruk, dah lama kete aku tak basuh... alang2 dah kotor teruk disebabkan perjalanan yang teruk ke 'border' indon, on the way balik umah aku hantar 'mamat' nih mandi, bagi lawa n wangi sikit... hehehehe

Saturday, February 17, 2007

Villa D'Amore - Home Sweet Home

Home Sweet Home... dah lama aku tunggu untuk memiliki rumah sendiri, akhirnya tahun lepas dapat jugak aku memenuhi cita2 aku... rumah dah siap, kunci dah dapat... sekarang hanya aku perlu menunggu untuk ditukarkan pulang ke Semenanjung M'sia untuk menduduki rumah nih.. Sementara waktu nih, kerja2 penambahbaikan dan ubahsuai telah aku aturkan keatas rumah nih... antaranya adalah pemasangan 'plaster syiling' di ruang tamu, pemasangan 'kitchen cabinet' di dapur, pemasangan 'grill' di sekeliling rumah, pemasangan CCTV serta pembelian alatan2 tambahan untuk sekeliling rumah... tak sabar rasanya nak balik semenanjung... :)

Villa D'Amore - Pandangan hadapan

Ruang tamu n tangga

Bilik atas

Tuesday, February 13, 2007

Sword Bearer - Istiadat Perkahwinan Tentera

Pada 12 Feb yang lepas, aku dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan 'senior' aku kat Kuching nih... sebagai penghormatan terakhir aku kepada dia yang nak berhenti perkhidmatan tak lama lagi aku menyertai anggota 'Sword Bearer'(baru nak kawin, ish3... Ramai tetamu yang hadir termasuk VVIP dari KL, maklumler bapak mertua pun VIP.... Istiadat pedang nih adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua yang hadir.. acara nih juga menjadi kebanggaan pasangan pengantin baru kerana tak semua orang yang dapat lalui acara yang penuh istiadat nih.... nih antara gambar2 semasa majlis tuh berlangsung... :)


Wednesday, February 07, 2007

Hail To The King – A Tribute To Cromok


Cromok, antara kumpulan dari M’sia yang aku amat sanjungi dan kagumi... semua album diorang dari Image Of Purity hingga Untitled + Raw, semua dalam simpanan koleksi aku... memang aku respect dengan hasil kerja diorang, buat album tak alang2 punya... sedap dengar n sedap layan... Album terakhir bersama gitaris Hillary memang menyengat... maklumler Hillary terkenal dengan bunga bungaan dan seni didalam permainan gitar... pendek kata gabungan mereka memang mantap... Tiga hari lepas aku cuba search kat dalam internet, nak cari berita terbaru mengenai kumpulan favorite aku nih... cari punya cari jumpaler satu album yang baru diedarkan.. HAIL TO THE KING – A TRIBUTE TO CROMOK.. album yang dihasilkan oleh kumpulan2 muzik METAL dari M’sia untuk memperingati zaman kegemilangan CROMOK.. album nih kira hadiah dari diorang kepada OTAI metal diorang ler... Memang best layan album baru nih... arrangement yang dibuat oleh kumpulan2 nih bukan alang2... olahan2 yang diorang buat keatas lagu2 CROMOK terdahulu dicampur dengan elemen2 moden memang mantap... kalau ikut release date memang bulan Jan 2007 tapi tak tahu pulak aku album nih dijual atau tidak di M’sia... sapa2 yang layan metal tuh blehler cari album nih kat kedai2 muzik terdekat... CROMOK, aku salute korang.. Kepada kumpulan2 yang terlibat dalam album nih, aku respect dan hormat hasil kerja korang... kalau korang jenis layan metal n beli album nih, memang tak rugi layan... aku bagi 10/10 bintang untuk album nih...INGAT, BELI YANG ORI JERK... cayalah...

p/s : album baru Linkin Park pun dah nak keluar, antara singlenya : Qwerty / Reading My Eyes / Announcement service public

Antara lagu yang dimuatkan dalam album HAIL TO THE KING - A TRIBUTE TO CROMOK :

  1. Intro (biasaler, ulik mayang nyer lagu)
  2. Seakan Menguji – AMUK (lagu lama rakaman amuk)
  3. Error – Malex (gorengan dan olahan yang mantap)
  4. Farewell – Amethyst (olahan yang best, vokalis perempuan)
  5. Journey – Samurai (ganazzzz)
  6. Metallurgical – Sil Khannaz (diorang nih memang terkenal dengan arrangement muzik yang best.. suara latar pun masyukkkk)
  7. Misery – Langsuyr (intro memang mantap.. muzik lagiler best)
  8. Misty - Vociferation Enternity (garapan yang bagus)
  9. Prophecy – Necrotic Chaos (olahan yang mantap dan ganazzz)
  10. Seedling – Narsanum (gorengan maut... hehehehe)
  11. Shadow Play – Insecure (gabungan 2 vokalis metal... muzik yang sedap)
  12. The Other – Mantak (ganazzz)
  13. Unicorn – Dragon Red (best arrangement diorang nih... gabungan metal ngan industrial rock)

Friday, February 02, 2007

RMAF SU-30MKM, Proud Of The Nation

Akhirnya, penantian selama beberapa tahun oleh ATM dan rakyat malaysia untuk melihat ‘pahlawan terbaru’ meredah di ruang angkasa Malaysia bakal berakhir.. Walaupun belum di pratonton dan tiba di M’sia.... Setakat ini auranya mengalahkan aura MAWI (hehehehehe)... Kehadiran fleet Sukhoi ini di M’sia bakal menyaksikan KERESAHAN kepada pesaing2 kerana teknologi yang yang terdapat pada SU-30MKM adalah antara yang tercanggih.. Saksikanlah ngauman SUKHOI di LIMA nanti, insyaallah... :)


SU-30MKM specification :

T-O weight (normal/max), kg

24900/34500

Fuel reserve, spec. weight 0.785 g/cu.cm (normal/max), kg

5270/9640

Max flight range with internal fuel reserve, km

3000

Max flight range with one in-flight refuelling, km

5200

Max T-O run at normal T-O weight (afterburner), m

550

Max landing run at normal landing weight, with drag parachute, m

750

Service ceiling, m

17300

Load factor limit, g

9

Length

21,9

Wing span

14,7

Height

6,4

Built-in gun

GSh-301 with 150 rounds

Air-to-air missiles, pcs :

- R-27R1 (ER1)

up to 6

- R-27P (EP)

up to 2

- R-27T1 (ET1)

up to 2

- R-73E

up to 6

- RVV-AE

up to 6

Air-to-surface missiles, pcs :

- Kh-31P, Kh-31A

up to 6

- Kh-29T (TE)

up to 6

- Kh-29L

up to 6

- Kh-59ME

up to 2

Guided aerial bombs, pcs :

- KAB 500KR (OD)

up to 6

- KAB-1500KR

up to 3

Rocket projectiles, pcs :

- S-8KOM, S-8OM, S-8BM in B-8M1 launching pods

up to 20x4

- S-13 in B-13L launching pods

up to 5x4

- S-25 OFM in PU-0-25 launching pods

up to 4

Aerial bombs, pcs :

- FAB-500T

up to 8

- BETAB-500ShP

up to 8

- ODAB-500PM

up to 8

- OFAB-250-270

up to 28

- OFAB-100-120

up to 32

- P-50T

up to 32

Incendiary tanks, pcs :

- ZB-500PT

up to 8

Bomb clusters, pcs :

- RBK-500 SPBE-D bomb clusters

up to 8