Tuesday, September 23, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam


Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=tVNwrBbxUMA

Sinopsis
KEMATIAN seorang sahabat baik terus ditangisi Hairi (Saiful Apek). Dia membawa diri pulang ke kampung halaman Danny (Yusry KRU) dan tinggal di sana bersama-sama seperti satu keluarga.
Keakraban Danny dan Hairi sukar dicari ganti sehinggakan niat jahat Profesor Klon (Aznil Hj Nawawi) yang terus memburu Cicak-Man dengan melancarkan pelbagai strategi sulit sebagai usaha menawan kota Metrofulus.
Kehadiran Hairi di rumah Danny akhirnya berjaya dihidu Profesor Klon yang dulunya disangka sudah ditangkap namun sebenarnya melarikan diri dengan bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui.
Di situlah pelbagai perancangan jahat dilakukan Profesor Klon untuk menakluk kota Metrofulus sehingga sanggup menculik adik Danny, Iman (Sharifah Amani) untuk menjejaki Cicak-man.
Bagaimanapun, Tania yang dahulunya bekerja sebagai setiausaha sulit Profesor Klon, menjadi wartawan penyiaran untuk menjejaki identiti sebenar Cicak-Man.
Profesor Klon mengupah pengikut baru yang jelita, Rrama (Tamara) bagi membunuh Cicak-Man selepas kematian Ginger Boy I dan II yang bertukar menjadi Ginger Ghost.
Itulah antara sedikit cerita Cicak-Man 2, Planet Hitam yang digarap dan diolah Yusry sebagai kesinambungan Cicak-Man yang berjaya mencatatkan kutipan RM5.15 juta.
Filem ini membariskan pelakon Saiful Apek, Fasha Sandha, Adlin Aman Ramli, AC Mizal, Sharifah Amani, Aznil Nawawi, Tamara Bleszynski, Linda Onn, Aziz M Osman dan Ridzuan Hashim.... MARILAH KITA SAMA2 MENANTIKAN FILEM INI DI PAWAGAM PADA BULAN 12 NANTI... :)

Friday, September 12, 2008

Berbuka @ Palace of Golden Horses

Hari rabu lepas aku pegi berbuka di Palace of Golden Horses atas jemputan dari Astana Group Coperation, ok gak stail dorang buat, tema 'kecoh sekampung'... semua pakai baju2 melayu zaman dulu2 macam nak raya, aku n beberapa guest jerk aku nampak pakai biasa, dahler aku arituh pakai uniform, nasib baik ada jaket, then siap kena kacau dengan MC baby doll masa aku tengah makan, 2-3 kali dia pegi kat table aku, hu3...

Pemandangan cunzz... lalat sedang beraksi...

Palace of Golden Horses, a 5 star hotel...

Kecoh Sekampung event, meraikan pekerja ASTANA Group dan costumer2 dorang...

Meja aku... stail dorang memang kreatif...

Door Gift pun lain dari yang lain... kuih2 diletakkan didalam sangkar burung, pelapik air siap ada pantun yang berlainan dari setiap gelas...

Lepas makan ada event main mercun/bunga api, cruise ride keliling the mines n karaoke... overall memang best acara berbuka nih, lain dari yang lain, sungguh kreatif dorang, all the best n thanx coz bagi makan free... hu3

Friday, September 05, 2008

Merdeka Paintball Mayhem @ Tanamera

Hari merdeka tahun nih aku x keje n x lepak depan TV tengok perbarisan, aku main paintball sempena merdeka kat Tanamera Sg buloh... memang dah lama gak aku x main paintball coz berkursus di penang, sempatler last month aku main jap masa balik bercuti di KL... Memandang kami main pada hari Merdeka so sebelum main ada nyanyian lagu negaraku ramai2 n senario bagi game pun lain dari yang lain...

Masing2 tekun dengar briefing dari Dean...

Seramai lebih kurang 200 players datang pada harituh n dari pelbagai kaum....

1st senario game... war between 2 country... berlarutan selama 3 jam lebih...
2nd senario game... search n destroy... 140 org lebih search n destroy special force seramai 40 org (aku masuk team special force...) kena wipe gilos2...

Berenti rehat tengahari selepas 1st game sambil menikmati BBQ kambing 7 ekor, nasik goreng, mee goreng n etc... mantap2

Last game untuk harituh, civil war game senario... bayangkan perang zaman dulu2, berbaris n tembak secara berdepan diselangi dengan drum beat... hu3... mengimbau citer2 lama...